#Amanz24 DNS Percuma CloudFlare, ICO AirAsia BigCoin, Ura ura Harga Huawei P20

5 Просмотры
Издатель
CloudFlare kini telah menawarkan perkhidmatan DNS 1.1.1.1 secara percuma. Perkhidmatan ini memfokuskan kepada kepantasan dan menjanjikan data pengguna tidak akan digunakan untuk sebarang penyelewengan. Untuk meningkatkan lagi kadar privasi pada peranti, pengguna kini boleh melayari laman 1.1.1.1 dan mengikut tutorial yang disediakan.

NiSi Prosories P1 yang merupakan sistem penuras dan polariser telah dihasilkan untuk peminat fotografi telefon pintar. Proseries P1 yang menggunakan sistem klip ini juga boleh digunakan pada kesemua model telefon pintar dan dijual pada harga sekitar RM154 untuk satu set.

Selain itu, sistem Always on Display kini telah dikemaskini untuk peranti Galaxy S8 dan Note 8 yang mana sistem ini kini telah menyokong paparan GIF beranimasi. Pengguna Galaxy S8 dan Note 8 digalakkan untuk mengemaskini peranti mereka ke Android Oreo untuk menikmati fungsi ini.

Desas desus ada yang mengatakan bahawa peranti keluaran Huawei iaitu Huawei P20 bakal dijual pada harga RM2599 manakala Huawei p20 Pro pula dikatakan bakal ditawarkan pada harga RM3299. Namun harga jualan secara rasminya bakal diketahui pada 3 April ini.

Akhir sekali, Air Asia kini dijangka akan menawarkan ICO untuk BigCoin yang membolehkan kriptowang berkenaan dibeli oleh mereka yang berminat. Menurut pihak Air Asia, harga tiket juga bakal dipaparkan bukan sahaja dalam mata wang biasa tetapi juga dalam bentuk BigCoin.
Категория
Наука и техника
Лицензия
Лицензия Creative Commons – Attribution (разрешено повторное использование)

Автор:https://www.youtube.com/watch?v=2ydmZJdXxQc&t=2s
Категория
Galaxy S
Комментариев нет.